Wednesday, 24 June 2015

Bintang Antabax Bersama Servay Dilancarkan!



Kota Kinabalu, 24 Jun –Antabax, jenama produk penjagan diri anti bakteria yang dipercayai telah bekerjasama dengan pasaraya besar terkemuka, Servay untuk mencari rakyat Sabah yang berbakat menerusi kempen pencarian bintang, ‘Bintang Antabax Bersama Servay’.

Kempen yang bermula dari 18 Jun hingga 16 Ogos 2015 akan menawarkan platform kepada warga Sabah untuk dikenali dan mungkin diberi kontrak oleh pihak produksi dan pengurusan selebriti terkenal, Metrowealth International Group.

Bintang Antabax Bersama Servay dilancarkan oleh Pengurus Besar (Sabah) Lam Soon Edible Oils Sdn. Bhd., Paul Voo; Pengurus Produk Kumpulan, Bahagian Pemasaran Penjagaan diri dan Isi Rumah, Lam Soon Edible Oils Sdn. Bhd., Angeline Sim; individu yang melahirkan ramai bintang hiburan terkenal yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth International Group (MIG), Mejar David Teo serta pelakon dari Sabah, Azwan Kombos di Hard Rock Café, Kota Kinabalu.

Menurut Cik Angeline Sim, “pertandingan Bintang Antabax Bersama Servay memberi peluang kepada pengguna kami untuk belajar daripada mereka yang terbaik dalam industri hiburan tempatan dan menjadi platform bagi membolehkan bakat mereka dikenali. Kempen ini juga membuktikan komitmen kami terhadap para pelanggan di Sabah atas sokongan mereka, kerana kebanyakan program pencarian bakat sebelum ini lebih fokus kepada wilayah Tengah.”

“Ini merupakan kali pertama Antabax mengadakan pertandingan pencarian bakat di luar Lembah Klang. Kami pernah menganjurkan pertandingan pencarian bakat sebelum ini. Jadi, kami benar-benar teruja kerana mampu menganjurkan kempen sama yang eksklusif untuk warga Sabah,” kata Sim. 
Panel juri Bintang Antabax Bersama Servay terdiri daripada Mejar David Teo selaku ketua juri. Beliau dibantu oleh Angeline Sim dan seorang wakil daripada pasaraya besar Servay.

Para peserta akan bersaing untuk memenangi hadiah keseluruhan berjumlah RM7,500 dan hamper produk Antabax. 

Sewaktu majlis pelancaran pertandingan tersebut, Mejar David Teo mengumumkan bahawa pemenang Bintang Antabax Bersama Servay mungkin berpeluang dilatih sebagai salah seorang artis MIG, sekali gus menyertai barisan artis popular seperti Nora Danish, Farid Kamil, Intan Ladyana, Diana Amir dan ramai lagi.

“Kami berbesar hati menjalin kerjasama dengan Antabax dan teruja untuk bertemu dengan warga Sabah yang berbakat. Antabax telah memilih negeri yang tepat untuk menganjurkan pertandingan ini kerana orang Sabah sememangnya berbakat. Bersama kita pada hari ini ialah Azwan Kombos, seorang rakyat Sabah yang kini memberi impak dalam industri hiburan tempatan. Menjadi sebahagian daripada MIG bukan sekadar untuk popular, tetapi lebih kepada pengalaman. Kami mempunyai pasukan yang bekerjasama dengan para artis dalam pelbagai bentuk latihan demi memajukan lagi bakat mereka,” jelas Mejar David Teo.


Azwan Kombos, pelakon utama filem seram ‘Jalan Puncak Alam’ cukup teruja untuk berada di pelancaran Bintang Antabax Bersama Servay. Beliau menyifatkan pertandingan ini sebagai satu peluang keemasan untuk rakat Sabah menunjukkan bakat masing-masing dan mendapat tempat dalam industri hiburan tempatan.

Untuk mengambil bahagian dalam Bintang Antabax Bersama Servay, para peserta hanya perlu membeli produk Antabax bernilai RM15 dan rakam satu video mengenai bakat mereka. Kemudian muat naik video tersebut ke laman YouTube atau Vimeo untuk mendapatkan pautan, sebelum mendaftar di laman Facebook Antabax dan dikongsikan ke laman Bintang Antabax Bersama Servay. Minta rakan-rakan untuk menonton persembahan dan mengundi anda. 10 orang finalis terbaik bakal bersaing di peringkat akhir yang diadakan di Servay pada September depan.

Pemenang Peraduan Orchid ‘Proud To Be A Woman’ Diumumkan

Shah Alam, 23 Jun 2015-Orchid, jenama baru dalam rangkaian pembersih khusus wanita telah mengumumkan pemenang peraduan Orchid Proud To Be A Woman (Khas Untukmu Wanita) bagi mengiktiraf dan meraikan wanita Malaysia dan kehebatan mereka, dengan barang kemas Swarovski.

Peraduan ini dianjurkan sempena Hari Wanita Antarabangsa dan menampilkan soalan harian tentang erti menjadi seorang wanita di Malaysia. Soalan terakhir meminta peserta berkongsi perkara yang paling mereka sukai tentang menjadi seorang wanita.

Peraduan yang berlangsung selama lebih daripada sebulan di laman fanpage Facebook Orchid ini mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan peminat. Pelbagai pendapat diterima dengan baik dan diselesaikan dengan harmoni.

Para pemenang peraduan Orchid Proud to Be A Woman menerima barang kemas Swarovski bernilai RM1,000 dan produk pembersih khusus wanita Orchid.

Pn. Farah Diyana Bt Muhammed Fadhli (2nd prize winner), Ms Ain Azimah Ramli (1st prize winner), Ms Angeline Sim, Group Product Manager, Household and Personal Care, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Representative of  Pn Suharizawati Bt Mohd Zain (3rd prize winner) with Swarovski jewellery.

Tempat pertama dimenangi oleh Cik Ain Azimah Ramli, 27, dari Sungai Besar, Selangor, diikuti tempat kedua yang dimenangi oleh Pn. Farah Diyana Bt Muhammed Fadhli, 30, dari Rawang manakala Pn Suharizawati Bt Mohd Zain, 32, dari Kuantan, Pahang memenangi tempat ketiga. Pemenang menerima barang kemas Swarovski berupa set rantai leher bersama loket, gelang tangan dan sepasang subang berbentuk hati yang amat memikat.

Menurut Cik Angeline Sim, Pengurus Produk Kumpulan, Penjagaan Diri dan Isi Rumah Rumah, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, sambutan terhadap peraduan Orchid Proud To Be A Woman amat menggalakkan dan membuka mata kerana hasil peraduan tersebut mendedahkan bagaimana wanita Malaysia memandang diri mereka dan peranan mereka dalam masyarakat.

“Peraduan ini benar-benar membuka mata kerana sambutan dan perbincangan berterusan dalam kalangan pengguna Orchid menunjukkan kewujudan pelbagai sebab dan interpretasi mengenai mengapa wanita Malaysia mempunyai jati diri yang kukuh dan bangga menjadi wanita. Walaupun menjadi ibu dan berkeluarga merupakan faktor utama bagi kebanyakan wanita, kemajuan karier, kebahagiaan, kerohanian, ikatan cinta yang kukuh bersama suami dan menjaga kesihatan dan kecergasan juga menjadi kayu ukur pencapaian. Wanita Malaysia semakin  menerima keunikan mereka, membina diri dan penampilan mengikut acuan sendiri. Orchid berbangga dapat menyokong mereka” kata Cik Sim.

“Saya benar-benar seronok mengambil bahagian dalam peraduan ini kerana ia membuka minda saya kepada pemikiran wanita Malaysia yang lain dan apa yang membanggakan mereka. Ini merupakan satu cara yang baik untuk golongan wanita berhubung antara satu sama lain menerusi platform laman Facebook Orchid – saya boleh berkongsi luahan hati dan idea saya mengenai isu-isu wanita dan belajar daripada wanita lain tanpa perlu bimbang lelaki akan membaca apa yang saya tulis,” kata Cik Ain.

Rangkaian Orchid Feminine Hygienedengan pH seimbang yang terbukti secara dermatologi membersihkan bahagian intim wanita dengan lembut dan efektif. Orchid juga mengandungi ramuan tradisional yang mempunyai khasiat dan menyucikan seperti Manjakani, Kacip Fatimah dan Daun Sirih dengan Aktif Pencerah Kulit yang membantu mencerahkan dan mengimbangkan tona kulit. 
Ms Ain Azimah Ramli (1st prize winner), Ms Angeline Sim, Group Product Manager, Household and Personal Care, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd posing with the Swarovski prizes won


Orchid boleh didapati dalam tiga varian iaitu Romantis, Intim dan Anggun. Botol 210ml yang berbentuk anggun dijual pada harga RM4.75 setiap satu dan boleh didapati di seluruh negara.